Pasangan ibu dan anak rakyat Australia mangsa letusan gunung berapi NZ
Pasangan ibu dan anak menjadi rakyat Australia pertama dinamakan sebagai mangsa letusan gunung berapi di New Zealand setelah keluarga mangsa dimaklumkan oleh pihak berkuasa hari ini (11 Dis), menurut media.

Julie Richards, 47 tahun dan anak perempuannya, Jessica, 20 tahun. (Gambar: Facebook/Jen Eborn)
SYDNEY: Pasangan ibu dan anak menjadi rakyat Australia pertama dinamakan sebagai mangsa letusan gunung berapi di New Zealand setelah keluarga mangsa dimaklumkan oleh pihak berkuasa hari ini (11 Dis), menurut media.
Wanita yang berasal dari Brisbane, Julie Richards, 47 tahun dan anak perempuannya, Jessica, 20 tahun disahkan mati menyusuli letusan pada Isnin di White Island, kata rakan keluarga, John Mickel melalui siaran berita Sky News.
Mereka berdua mengunjungi New Zealand pada Isnin lalu dan dijangka pulang ke Australia pada hujung minggu ini.
Angka korban kekal enam orang, manakala lapan lagi dipercayai masih hilang di kawasan berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.