Pasangan doktor ini terpaksa putus tunang dek penyakit Talasemia
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: FarraDiana_/Twitter
SABAH: Kebanyakan pasangan mengambil keputusan untuk berpisah kerana tiada persefahaman atau terdapat orang ketiga.
Namun, lain pula dengan pasangan Malaysia ini kerana mereka dikatakan terpaksa berpisah disebabkan penyakit Talasemia, menurut laman Buzzkini.
Seorang wanita di Malaysia mengambil keputusan untuk berpisah setelah menyedari beliau juga pembawa penyakit Talasemia, sama seperti tunangnya.
Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah. Umumnya, pesakit yang menghidapi penyakit ini tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang bermutu dalam jumlah yang mencukupi.
Talasemia juga merupakan penyakit genetik atau keturunan, di mana anak yang menghidapi Talasemia mewarisi penyakit itu daripada ibu bapanya.
Buat pasangan yang bakal berkahwin, selain daripada melakukan ujian HIV, pasangan juga digalakkan untuk melakukan ujian Talasemia.
Ia penting bagi memastikan kedua-dua pasangan dan anak yang bakal dilahirkan berada dalam keadaan sihat.
Baru-baru ini, tular di Twitter, Cik Farra Diana, 27 tahun, membuat satu catatan menyatakan bahawa beliau dan pasangannya, yang kedua-duanya bertugas sebagai doktor di sebuah hospital di Kota Kinabalu, mengambil keputusan untuk putus tunang.
Menerusi ciapan di media sosial itu, wanita berkenaan mengambil keputusan tersebut setelah menyedari beliau juga adalah pembawa Talasemia sama seperti tunangnya, lapor Buzzkini.
Sebelum ini, beliau menyangka dirinya adalah normal namun, sebagai langkah berjaga-jaga, beliau mengambil keputusan untuk membuat ujian darah.
Difahamkan beliau hanya membuat pemeriksaan berkenaan selepas mengikat tali pertunangan.
Namun, keputusan ujian darah itu amat mengejutkan, yang mana hasil ujian menunjukkan beliau juga adalah pembawa Talasemia.
Akur dengan keputusan ujian tersebut, wanita berkenaan dan tunangnya secara bersama bersetuju untuk memutuskan pertunangan demi kebaikan masa hadapan.
Rata-rata netizen turut bersedih dengan apa yang berlaku terhadap pasangan itu. Kebanyakan daripada mereka mendoakan kebahagian wanita dan pasangannya, dipetik daripada Buzzkini.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.