Pasangan Diraja Brunei Putera Mateen, Dayang Anisha selamat bertunang
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: tmski/Instagram, TehFirdaus/Instagram
KUALA LUMPUR: Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam secara rasmi melangsungkan majlis pertunangan pada Selasa (9 Jan).
Memetik Borneo Bulletin, Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.
Sebelum itu, Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung dengan rombongan Pengantin Diraja Lelaki menyampaikan hantaran pertunangan dikenali sebagai ‘Tanda Diraja’ kepada rombongan Pengantin Diraja Perempuan.
Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Diraja Sahibul Irshad Pengiran Abdul Rahim mengetuai delegasi Pengantin Diraja Lelaki ke atas rombongan Pengantin Diraja Perempuan dengan hantaran pertunangan disempurnakan mengikut adat dan tradisi Diraja Brunei, dipetik daripada Astro Awani.
Turut berkenan berangkat ke istiadat tersebut ialah Yang Amat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik Sultan Hassanal Bolkiah.
Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, yang berlangsung pada 7 Januari lalu, lapor Astro Awani.

Menurut laporan Astro Awani, acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.
Pasangan diraja itu kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan. Manakala, majlis resepsi pula dijadual diadakan pada malam 15 Januari.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.