Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PAS tidak bertanding dalam PRU15 di Sabah; sokong calon GRS-BN

Anggaran Waktu Membaca:
PAS tidak bertanding dalam PRU15 di Sabah; sokong calon GRS-BN

Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan (Gambar: Agensi berita)

KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi PRU15 di negeri itu.

Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan, berkata keputusan itu dibuat Perhubungan PAS Negeri Sabah (PPNS) pada Rabu (2 Nov)selepas mengadakan mesyuarat dengan kepimpinan utama PAS Pusat.

"PAS Sabah tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Sabah.

"Semua ahli dan penyokong PAS diarahkan membantu serta mengundi calon yang mewakili parti-parti GRS-BN Sabah sebagai tanda menyokong prinsip penyatuan nasional yang digagaskan oleh PAS," kata Dr Gulasan, seperti ditukil Astro AWANI. 

Keputusan tersebut dipercayai dibuat berdasarkan kedudukan PAS sebagai rakan gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) di Semenanjung.

Sementara itu, Bersatu melalui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Rabu (2 Nov) mengumumkan calon di lima kerusi Parlimen iaitu di Kudat, Papar, Ranau, Batu Sapi dan Semporna.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan