Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PAS Terengganu tiada masalah jika PRN diadakan lebih awal

Anggaran Waktu Membaca:

HULU TERENGGANU: PAS Terengganu tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan lebih awal sebagaimana saranan Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim.

Demikian menurut laporan Astro AWANI. 

Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri Terengganu, Ariffin Deraman, berkata ia berikutan momentum dan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat masih panas selepas Perikatan Nasional (PN) Terengganu meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Menurut Encik Ariffin, keputusan PRN itu juga bergantung kepada pucuk pimpinan PN.

Jelas beliau, PRN bagi tiga negeri di bawah pentadbiran PN iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah dijangka dilaksanakan secara serentak.

"Kita tunggu masa keputusan yang dibuat oleh pimpinan kita. Kalau bulan Jun pun, tak lama sebenarnya.

"Persediaan Pilihan Raya tak ada masalah, jentera sudah bersedia. Orang kata masih panas lagi. Dengan isu BN yang masuk bersama PH dalam kerajaan campuran bukan kerajaan perpaduan sebenarnya kerajaan campuran lebih memudahkan kita," Astro AWANI memetik kata-kata Encik Ariffin. 

Beliau ditemui selepas majlis penutup dan penyampaian hadiah ASEAN Monsoon Casting Tournament 2022 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim menyarankan tiga negeri diterajui PN iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu mengadakan PRN selepas PRU15 di Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman selesai.

Menurut beliau, ia berdasarkan sokongan diberikan pengundi terhadap PN pada PRU15.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan