Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PAS tekad perkasa Muafakat Nasional dan kerajaan Perikatan Nasional

 PAS bertekad memperkasakan Gagasan Muafakat Nasional (MN) di samping mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan. 

Anggaran Waktu Membaca:
PAS tekad perkasa Muafakat Nasional dan kerajaan Perikatan Nasional

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 03 Jan 2021 04:42PM Dikemas Kini : 03 Jan 2021 04:46PM

KUALA LUMPUR: PAS bertekad memperkasakan Gagasan Muafakat Nasional (MN) di samping mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan.

Dalam satu kenyataan hari ini (3 Jan), beliau menyatakan PAS tidak mahu terlibat, mahu pun dilibatkan dalam sebarang polemik politik yang membawa negara ke kancah perpecahan dan sekali gus mengundang ketidakstabilan, ancaman terhadap keamanan dan kehidupan ekonomi rakyat.

“Selepas bersama memimpin ke arah perpaduan ummah melalui Muafakat Nasional, diikuti menyelamatkan negara melalui persefahaman menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional, PAS berpandangan semua pihak perlu komited, jujur dan bertanggungjawab dalam menguruskan pemerintahan dan pentadbiran negara terutama di zaman dunia umumnya berada dalam keadaan yang amat sukar,” katanya.

Selain itu, PAS menyeru rakan-rakan politik terutama di pihak kerajaan agar terus berlapang dada, bertolak ansur serta mengambil iktibar daripada peristiwa lampau demi maslahat rakyat yang memerlukan kepimpinan baik dan berintegriti.

Menurutnya PAS sebagai sebuah parti politik utama negara yang berprinsipkan Islam dengan tegas berpandangan aspek perpaduan amat penting dalam proses bina negara demi kepentingan rakyat.

“PAS amat percaya hanya perpaduan sejati dan ikhlas mampu membawa kepada pembinaan negara yang harmoni, maju, bersatu padu serta saling menerima dan hormat-menghormati antara rakyat pelbagai kaum, agama, adat resam dan budaya,” tambah beliau lagi. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan