PAS pantau 80 kerusi berpotensi menang PRU15
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: astroAWANI
KUALA LUMPUR: Jumlah kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih belum dibincang atau diputuskan oleh parti sendiri mahupun bersama parti komponen lain dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
Timbalan Presiden PAS, Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa 80 kerusi Parlimen yang diumumkan sebelum ini bukan jumlah kawasan yang bakal ditandingi, sebaliknya, jumlah yang disebut itu mempunyai prospek untuk dimenangi.
“Tak… itu bukan jumlah kerusi yang kita akan tandingi, tetapi jumlah kerusi yang kita pantau. Jumlah kerusi (ditandingi) kita akan bincang di peringkat parti.
“PN belum putus biarpun kita memantau. Setiap parti akan membuat pemantauan pada kerusi-kerusi yang kita rasa boleh menang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Simposium Perubahan Iklim 2022 di bangunan Parlimen, pada Isnin (5 Sep), seperti dinukil astroAWANI.
Menurut astroAWANI, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan pada Ahad (4 Sep) bahawa PAS letakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada PRU15 akan datang.
Menurut Encik Muhammad Sanusi, daripada jumlah kerusi yang akan ditandingi itu, PAS menjangkau untuk memenang separuh daripadanya.
Tambah beliau, sekiranya sasaran berkenaan berjaya direalisasikan, maka tiada mana-mana pihak, parti atau gabungan dapat membentuk kerajaan Pusat tanpa pelibatan PAS, lapor astroAWANI.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.