Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PAS Kelantan tegas tiada bayangan calon yang akan jadi Menteri Besar Kelantan

Anggaran Waktu Membaca:
PAS Kelantan tegas tiada bayangan calon yang akan jadi Menteri Besar Kelantan

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob. (Gambar: Bernama)

KOTA BHARU: PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.

Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata setakat ini, pihaknya menumpukan perhatian kepada PRN dan perkara berkenaan akan diputuskan dan disusun dengan terbaik selepas pilihan raya tersebut.

“Buat masa sekarang kita buka kepada rakyat dahulu untuk memilih calon (PRN) dan calon perlu mendapatkan keputusan dahulu (undi), dalam masa beberapa hari (selepas PRN) kita akan umum mereka yang layak.

“Tidak perlu bayangan siapa akan jadi calon, sebab semua layak (untuk jadi Menteri Besar). Exco layak, MB layak dan semua layak, tidak ada yang tak layak,” katanya kepada wartawan ketika ditemui selepas hadir merasmikan Majlis Pelancaran E-Wallet Kelantan Pay pada Selasa (1 Ogos).

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob, yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, menyatakan pencalonannya dalam PRN kali ini merupakan kali yang terakhir.

Encik Ahmad berkata pencalonannya sebagai calon DUN Pasir Pekan itu memasuki penggal ketujuh dan sudah tiba masanya memberi laluan kepada calon lain yang lebih muda selepas ini.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan