PAS ditawar sertai Kerajaan Perpaduan selepas PRU15, kata Abdul Hadi Awang
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengakui pihaknya menerima tawaran kerjasama bagi menyertai Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Beliau mendakwa, ketika itu pelawaan tersebut diberikan melalui 'broker' parti politik termasuk dari dalam dan luar negara.
"Memang banyak broker yang datang jumpa saya, tapi (pemimpin utama) tak nak mengaku (berkenaan tawaran yang diberikan).
"Ia (tawaran) dibuat selepas pilihan raya. Yang terbaru tak adalah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Terengganu International Summit 2023 (TIS2023) di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) pada Khamis (1 Jun), seperti dipetik Sinar Harian.
Menurut Encik Abdul Hadi, walaupun pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) dan BN menafikan, tawaran kerjasama itu wujud dan berlaku.
"Mereka ini datang dari dalam negeri, ada yang dari luar negeri. Semua datang jumpa saya nak pujuk, tapi saya jawab macam tadilah, mereka tak tahu tentang politik Malaysia.
"Ada juga (pemimpin lain didekati tawaran seumpama itu) kerana PAS bukan parti saya seorang, tapi saya sebagai pemimpin utama, mereka jumpa sayalah dan saya laporkan kepada pimpinan parti," katanya.
Encik Abdul Hadi menegaskan, PAS tetap dengan pendirian menolak sebarang bentuk kerjasama kerana menyifatkan kerajaan ketika ini adalah pakatan yang lemah dan didominasi oleh pemimpin bukan Islam.
Jelas beliau, kerajaan sedia ada (Pakatan Harapan dan BN) tidak sesuai memerintah Malaysia kerana dibayangi oleh pemimpin DAP, lapor Sinar Harian.
"Oleh itu, kita menolak sebarang tawaran kerjasama dengan kerajaan sekarang sebaliknya akan terus perkasakan Perikatan Nasional (PN) dan mengajak pihak lain bersama kita kerana kita semakin mendapat tempat di hati rakyat, mendominasi isu-isu rakyat," katanya, menurut Sinar Harian.
Sebelum ini, Encik Abdul Hadi mendakwa beberapa individu ada menghubunginya untuk mengajak berjumpa bagi menawarkan PAS menyertai Kerajaan Perpaduan.
Beliau mendakwa, tawaran itu muncul kerana PH khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyedari kedudukannya goyah dan jumlah kerusi Melayu dalam parti berkenaan tidak banyak.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim ketika ditanya berhubung perkara itu menafikan wujud tawaran supaya PAS menyertai kerajaan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.