Skip to main content

Dunia

PAS disiasat susuli perarakan anggota dengan berpakaian perang lengkap bersenjata

Anggaran Waktu Membaca:
PAS disiasat susuli perarakan anggota dengan berpakaian perang lengkap bersenjata

(Gambar: Facebook/Himpunan Pemuda Islam Terengganu - Himpit)

Diterbitkan : 20 Feb 2023 04:26PM Dikemas Kini : 20 Feb 2023 04:28PM
KUALA TERENGGANU: Tindakan sekumpulan pemuda daripada sebuah parti politik yang berarak dengan berpakaian perang lengkap bersenjata, dikhuatiri menimbulkan kegerunan orang ramai, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya membuat satu aduan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada Isnin (20 Feb) bagi mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kumpulan berkenaan.

Beliau berkata tindakan kumpulan yang dipercayai anggota PAS itu disifatkan sebagai ekstrim dan boleh menggugat keharmonian antara kaum bukan sahaja di Terengganu, malah di seluruh negara.

"Acara perarakan di jalanan secara terbuka dengan memakai pakaian perang dengan membawa peralatan berbentuk seperti pedang dan lembing adalah satu bentuk intimidasi yang boleh menimbulkan kerisauan orang ramai.

"Kami lihat PAS kini semakin berani menunjukkan sikap ekstrim mereka secara terangan-terangan tanpa memikirkan kesan terhadap perpaduan kaum di negara ini," katanya ketika ditemui di IPD Kuala Terengganu pada Isnin.

Selain itu, Encik Raja Bahrin berkata pihaknya juga kesal dengan sikap pimpinan tertinggi PAS yang seakan-akan merestui tindakan berkenaan.

Pada Ahad (19 Feb), polis Terengganu memaklumkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 17 Februari lepas dalam satu program perhimpunan di sebuah kawasan resort di Setiu, dan perarakan itu merupakan salah satu daripada acara yang dipertandingkan pada program berkenaan iaitu reka cipta bertemakan pakaian, senjata dan warisan Islam.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa dilaporkan berkata pihak polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam program perarakan itu dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita