Skip to main content

Dunia

PAS buka pintu kepada golongan bukan Muslim jadi anggota bersekutu

Anggaran Waktu Membaca:
PAS buka pintu kepada golongan bukan Muslim jadi anggota bersekutu

(Gambar: Facebook/Takiyuddin Haji Hassan)

TEMERLOH: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan membenarkan individu bukan Muslim di negara tersebut untuk menyertai parti itu sebagai anggota bersekutu, selagi mana mereka bukan ateis.

Usul pindaan tersebut dilaksanakan semasa muktamar tahunan parti itu pada Sabtu (14 Sep), yang menerima sokongan 1,300 perwakilannya.

Muktamar tersebut berlangsung dari Rabu (11 Sep) hingga Ahad (15 Sep).

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata bahawa anggota bukan Muslim yang ingin menjadi anggota bersekutu, mestilah penganut agama lain.

"Bagi mereka yang ingin menjadi anggota sekutu PAS, mereka perlu beragama Hindu, Kristian, Buddha, atau mana-mana agama lain.

"Ya, mengamalkan agama lain selain Islam, dan mereka tanpa agama seperti ateis tidak boleh menjadi anggota," kata Encik Takiyuddin seperti dinukil New Straits Times Malaysia.

Sementara itu, beliau menekankan bahawa syarat untuk menjadi anggota tetap PAS tidak berubah, dan ini termasuk menjadi rakyat Malayisa serta beragama Islam, selain syarat lain.

Semasa muktamar tersebut, Encik Takiyuddin berkata langkah untuk menerima anggota bukan Muslim sebagai anggota bersekutu akan mengukuhkan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), dengan memberi mereka lebih banyak hak dan tanggungjawab.

Menurut laporan The Star, Encik Takiyuddin mengumumkan bahawa DHPP akan dijadikan sayap parti penuh, di mana anggotanya boleh mengundi dan memegang jawatan dalam DHPP.

Selain membenarkan golongan bukan Muslim untuk menyertai parti itu, usul pindaan lain kepada perlembagaan PAS, termasuk peraturan antilompat parti dilaksanakan.

Encik Takiyuddin berkata pindaan tersebut perlu dilaksanakan untuk mengukuhkan parti itu, dan menjadikannya lebih dinamik dan inklusif bagi semua bangsa dan agama, terutama sekali ketika berdepan cabaran pada masa depan.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita