Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PAS bertemu pemimpin 3 negeri PH serentak untuk bincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri

Anggaran Waktu Membaca:
PAS bertemu pemimpin 3 negeri PH serentak untuk bincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 25 Jan 2023 05:59PM Dikemas Kini : 25 Jan 2023 05:59PM
KUALA TERENGGANU: PAS akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri di tiga negeri yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) untuk membincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi membolehkan ia diadakan serentak dengan tiga negeri di bawah pentadbiran parti itu.

Naib Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata perjumpaan itu akan dilakukan pada minggu depan bersama Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Menurutnya, walaupun pertemuan tidak rasmi sudahpun diadakan akhir tahun lalu, namun tidak ada sebarang keputusan yang dicapai berhubung tarikh yang sesuai untuk PRN diadakan serentak di enam negeri terlibat.

"Keputusan sama ada PRN akan diadakan serentak atau tidak kami akan bincang dulu," katanya pada Rabu (25 Jan).

Bagaimanapun, Encik Ahmad Samsusri, yang juga Menteri Besar Terengganu, tetap berharap PRN dapat diadakan serentak bagi memudahkan rakyat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  menguruskan pilihan raya tersebut.

"Kemungkinan untuk tidak berlaku serentak atau tak itu ada. Tidak ada mana-mana pihak boleh paksa negeri-negeri lain untuk jalankan PRN sekali. Tetapi tiga negeri PAS telah sepakat akan buat pada tarikh sama.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, sebelum ini, menegaskan bahawa parti itu akan membuat keputusan sendiri berhubung tarikh PRN bagi tiga negeri di bawah pentadbirannya iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Encik Abdul Hadi turut menyerahkan kepada PH untuk membubarkan DUN di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor itu serentak dengan tiga negeri pentadbiran PAS atau sebaliknya.
Sumber : Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa