PAS beri bayangan kerjasama dengan UMNO tidak akan berlaku
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi Berita
KUANTAN: PAS beri bayangan kerjasama dengan UMNO tidak akan berlaku menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia.
Kata timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man, ini kerana UMNO mendakwa parti itu tidak ada pendirian tetap, seperti dinukil daripada Astro AWANI.
Kata Tuan Ibrahim, parti itu sebaliknya tetap dengan pendirian tidak akan tinggalkan Bersatu demi untuk bekerjasama dengan UMNO.
UMNO, tegas beliau, sepatutnya melihat kerjasama itu dalam rangka yang lebih besar, lapor Astro AWANI.
Kata beliau, hampir tiga tahun PAS berusaha supaya berlaku penyatuan antara UMNO, PAS dan Bersatu bagi membentuk sebuah gagasan yang kuat bagi menghadapi PRU15 namun kini tidak kesampaian.
"PAS setia dengan rakan kita walaupun UMNO letak syarat macam tu.
"Bagi kami tidak boleh letak syarat demikian. Kalau kita nak penyatuan, kita melihat pada kerangka besar.
"Sebagaimana yang kita tahu, PAS tegas bersama Bersatu, bersama dengan gerakan untuk menghadapi Pilihan Raya ke-15 Malaysia atas slogan Perikatan Nasional," kata Tuan Ibrahim.
Beliau juga tidak menolak untuk bekerjasama dengan UMNO pascakeputusan pilihan raya umum itu nanti.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.