Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PAS arah jentera parti siap sedia bagi PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
PAS arah jentera parti siap sedia bagi PRU15

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan. (Gambar: Bernama)

KUALA LUMPUR:  Semua pemimpin dan ahli PAS diminta untuk menerima segala ketetapan yang dibuat parti pada ketika seluruh Jentera Pilihan Raya PAS diarah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata selain itu, sebarang kenyataan media tidak boleh dibuat melainkan dengan kebenaran Presiden PAS Abdul Hadi Awang bagi mengelak timbulnya suasana yang boleh merugikan perancangan dan perjuangan parti khususnya dalam menghadapi PRU15.

“Semua pemimpin dan Ahli PAS dikehendaki menjaga serta mematuhi tanzim dan disiplin parti dengan menerima segala ketetapan dan keputusan yang dibuat terutama oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atas dasar wala’ (kesetiaan) dan taat yang tidak berbelah bahagi,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu (1 Okt).

Menurut Encik Takiyuddin semua peringkat parti perlu menumpukan usaha memantapkan gerak kerja pilihan raya sebagaimana dirancang untuk dilaksanakan terutama melalui arahan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Beliau berkata PAS akan terus memberikan khidmat bakti kepada negara dan rakyat selepas PRU15 bersama-sama dengan gabungan muafakat politiknya yang mempunyai matlamat yang sama.
Sumber : Bernama/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan