Skip to main content

Dunia

PAS akan tentukan sendiri tarikh bubar DUN 3 negeri pimpinannya

Anggaran Waktu Membaca:
PAS akan tentukan sendiri tarikh bubar DUN 3 negeri pimpinannya

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Abdul Hadi Awang (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Jan 2023 07:06PM

KUALA PILAH: PAS akan membuat keputusan sendiri mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk tiga negeri di bawah pimpinan parti itu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Presidennya Abdul Hadi Awang.

Menurut Encik Abdul Hadi, Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob dan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor akan bermesyuarat bagi menetapkan tarikh berkenaan. 

Katanya lagi, terpulang kepada tiga negeri lain di bawah Pakatan Harapan (PH) iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang sama ada akan mengikut tarikh yang ditetapkan itu nanti.

“Kita akan ada keputusan tersendiri, perkara itu akan dibincang pada mesyuarat akan datang," katanya kepada para pemberita pada Sabtu (21 Jan). 

Media sebelum ini melaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata DUN negeri tersebut dijangka dibubarkan pada Mei ini, dan beliau bersama Menteri Besar Selangor Amirudin Shari serta Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, sedia berbincang dengan tiga Menteri Besar di bawah pimpinan PAS mengenai perkara itu.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita