Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parti yang calonkan Puteri Thai jadi PM diminta dibubarkan

Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand menyampaikan petisyen kepada Mahkamah Perlembagaan, memintanya supaya membubarkan parti Thai Raksa Chart yang mencalonkan puteri negara tersebut untuk bertanding bagi jawatan Perdana Menteri dalam pilihan raya umum bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Parti yang calonkan Puteri Thai jadi PM diminta dibubarkan

Kertas pencalonan Puteri Thai. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 13 Feb 2019 05:08PM Dikemas Kini : 13 Feb 2019 05:11PM

BANGKOK: Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand menyampaikan petisyen kepada Mahkamah Perlembagaan, memintanya supaya membubarkan parti Thai Raksa Chart yang mencalonkan puteri negara tersebut untuk bertanding bagi jawatan Perdana Menteri dalam pilihan raya umum bulan depan.

Parti itu sudah memberikan penjelasan bertulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya tentang mengapa ia mencalonkan Puteri Ubolratana bagi jawatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Suruhanjaya itu berpendapat pencalonan Puteri Ubolratana melanggar perlembagaan sistem raja Thailand.

Puteri Ubolratana adalah kakak sulung Raja Maha Vajiralongkorn. Raja Thai itu juga menganggap pencalonan kakaknya tidak wajar dan melanggar perlembagaan negara.

Awal minggu ini, Suruhanjaya Pilihan Raya sudahpun mengharamkan Puteri Ubolratana daripada bertanding.

Keputusan raja dan Suruhanjaya Pilihan Raya itu merupakan tamparan hebat kepada parti Thai Raksa Chart yang mempunyai hubungan dengan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan