Skip to main content

Dunia

Parti Warisan susun semula strategi hadapi PRU15

Parti Warisan (Warisan) akan menyusun semula strategi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, menurut presidennya Mohd Shafie Apdal.

Anggaran Waktu Membaca:
Parti Warisan susun semula strategi hadapi PRU15

Preisden Warisan Shafie Apdal. (Gambar: Facebook/Shafie Apdal)

JOHOR BAHRU: Parti Warisan (Warisan) akan menyusun semula strategi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, menurut presidennya Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata meskipun keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak seperti apa yang diharapkan parti itu, sekarang bukan masa untuk berputus asa.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas  kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Johor dan paling penting, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang berkempen tanpa mengenal penat lelah dan jemu untuk Parti Warisan. 

"Dengan penuh keikhlasan, saya amat menghargai segala kerja keras dan usaha berterusan anda semua. Saya juga berterima kasih kepada rakyat Johor kerana sudi menerima kedatangan kami ke negeri ini," katanya dalam kenyataan hari ini (13 Mac).

Pada PRN Johor, BN menang 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan diikuti Pakatan Harapan (11), Perikatan Nasional (tiga) manakala Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan PKR masing-masing satu kerusi.

Warisan bertanding di kerusi DUN Mahkota, Bekok, Pekan Nanas, Permas, Johor Jaya dan Bukit Batu.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita