Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parti Republican secara rasmi pilih Trump bagi pilihan raya presiden Nov ini

Parti Republican secara rasmi memilih Presiden Donald Trump sebagai calonnya untuk mempertahankan jawatan itu dalam pilihan raya pada November nanti

Anggaran Waktu Membaca:
Parti Republican secara rasmi pilih Trump bagi pilihan raya presiden Nov ini

Presiden Trump. (Gambar: Alex Brandon/AP Photo)

Diterbitkan : 25 Aug 2020 05:17PM Dikemas Kini : 25 Aug 2020 05:19PM

CHARLOTTE: Parti Republican secara rasmi memilih Presiden Donald Trump sebagai calonnya untuk mempertahankan jawatan itu dalam pilihan raya pada November nanti.

Beliau akan bersaing dengan Encik Joe Biden, calon parti Democrat.

Presiden Trump dipilih secara rasmi pada hari pertama Konvensyen Nasional Parti Republican.

Dalam ucapannya selepas pemilihan itu, Presiden Trump antara lain memuji cara pentadbirannya menangani pandemik COVID-19 selama ini.

Beliau juga terus membidas gagasan mengadakan pengundian menerusi pos.

Presiden Trump mendakwa usul bagi pengundian cara itu bertujuan memastikan beliau kalah dalam pilihan raya pada 3 November nanti.

Ramai rakyat Amerika dijangka memilih kaedah pengundian itu dalam keadaan krisis COVID-19 sekarang.

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan