Skip to main content

Dunia

Parti pro-tentera Myanmar isytihar kemenangan dalam pilihan raya

Anggaran Waktu Membaca:
Parti pro-tentera Myanmar isytihar kemenangan dalam pilihan raya
Para pegawai melakukan pengiraan awal undi di pusat mengundi selepas pusat undi ditutup menyusuli fasa ketiga dan terakhir pilihan raya umum Myanmar di Mandalay pada 25 Jan 2026. (Gambar: AFP/Anthony Wallace)
Diterbitkan : 26 Jan 2026 05:56PM Dikemas Kini : 26 Jan 2026 05:57PM
YANGON: Parti pro-tentera Myanmar memenangi pilihan raya yang dikendalikan oleh junta, menurut sumber parti kepada AFP pada Isnin (26 Jan), menyusuli pilihan raya selama sebulan yang dikecam oleh pemantau demokrasi sebagai penjenamaan semula pemerintahan tentera.

Walaupun tentera Myanmar berkata pilihan raya itu akan mengembalikan kuasa kepada rakyat, tokoh demokrasi popular, Aung San Suu Kyi masih dalam tahanan sejak berlaku rampasan kuasa dan partinya dibubarkan, sementara para pengkritik berkata undi itu berpihak kepada sekutu tentera.

"Kami sudah raih kemenangan majoriti," kata seorang pegawai kanan dari Parti Kesatuan dan Pembangunan (USDP) dengan syarat namanya tidak didedahkan kerana beliau tidak mempunyai kebenaran untuk berkongsi keputusan awal pilihan raya.

"Kami berada di kedudukan untuk membentuk pemerintah baharu," katanya selepas fasa ketiga dan terakhir pilihan raya tersebut berlangsung pada Ahad.

"Memandangkan kita sudah memenangi pilihan raya ini, kita akan mengambil langkah seterusnya."

Ramai penganalisis menyifatkan USDP sebagai proksi awam tentera, yang mengambil alih kuasa dalam rampasan kuasa pada 2021, di mana ia turut menggulingkan pemerintah demokratik pimpinan Suu Kyi.

Undian tidak dijalankan di sejumlah besar kawasan negara yang dikawal oleh puak pemberontak yang bertempur dalam perang saudara, yang tercetus oleh rampasan kuasa - satu lagi halangan yang dinukil oleh mereka yang mempersoalkan mandat pilihan raya itu.

Keputusan pilihan raya rasmi dijangka diumumkan pada lewat minggu ini.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita