Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parti Presiden Macron diramal tidak menang majoriti mutlak dalam Pilihan Raya Umum

Anggaran Waktu Membaca:
PARIS: Pusingan kedua pilihan raya umum Perancis berlangsung pada Ahad (19 Jun).

Parti berhaluan tengah pimpinan Presiden Emmanuel Macron berusaha untuk mengekalkan majoriti mutlak dalam parlimen.

Namun, para pengamat kurang yakin matlamat itu dapat dicapainya walaupun ia akan mempunyai bilangan kerusi terbanyak berbanding parti-parti lain.

Tinjauan-tinjauan pendapat terbaru menunjukkan parti berhaluan kanan yang tegar pimpinan Cik Marine Le Pen akan mencapai kejayaan terbesar dalam masa puluhan tahun.

Perikatan parti sayap kiri dan parti pejuang alam sekitar pula mungkin muncul sebagai kumpulan pembangkang terbesar.

Sekiranya parti Presiden Macron dan sekutu-sekutunya gagal menang majoriti mutlak, ia akan menimbulkan keadaan tidak menentu yang mungkin hanya dapat dihuraikan menerusi perkongsian kuasa.

Hal sedemikian tidak berlaku di Perancis sejak puluhan tahun lalu.
Sumber : Agensi berita/MA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan