Parti politik baru Thai dituduh sebar maklumat palsu
Tiga anggota sebuah parti politik baru dituduh melanggar undang-undang jenayah komputer di negara itu.
BANGKOK: Tiga anggota sebuah parti politik baru dituduh melanggar undang-undang jenayah komputer di negara itu.
Pengasas Parti Future Forward, Thanathorn Juangroongruangkit serta dua anggota kanan lain dituduh menyebarkan maklumat palsu semasa satu siaran langsung di laman Facebook pada 29 Jun lalu.
Encik Thanathorn dituduh mengkritik junta tentera yang memerintah kerana merekrut para ahli politik mapan ke dalam parti-parti politik yang menyokong mereka.
Parti yang baru dibentuk itu berharap untuk mendapatkan undian daripada mereka yang inginkan pemerintahan alternatif.
Jika didapati bersalah, ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda sekitar $3,000 atau kedua-duanya sekali.
Mereka menolak tuduhan tersebut yang disifatkan pengasasnya sebagai percubaan untuk menakut-nakutkan dan mendiamkan mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.