Parti PM Thai, Prayut Chan-o-Cha ketuai kerajaan baru
Parti Perdana Menteri Thai, Prayut ChanoCha dilaporkan sudah berjaya membentuk perikatan dengan parti-parti Democrat dan Bhumjaithai untuk membentuk kerajaan baru.

Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-Cha. (Gambar: AFP)
BANGKOK: Parti Perdana Menteri Thai, Prayut ChanoCha dilaporkan sudah berjaya membentuk perikatan dengan parti-parti Democrat dan Bhumjaithai untuk membentuk kerajaan baru.
Menurut laporan akhbar The Bangkok Post, parti Phalang Pracharat pimpinan PM Thai itu, akan mengetuai kerajaan baru tersebut.
Encik ChanoCha dijangka bakal membentuk kerajaan campuran yang baru selepas parti Phalang Pracharath memenangi 115 kerusi dalam pilihan raya pada 24 Mac lalu.
Bagaimanapun, parti-parti yang membantah pembentukan kerajaan campuran itu menyatakan, ia masih belum mengaku kalah untuk membentuk perikatan sendiri.
Parti Pheu Thai yang sudah memenangi kerusi parlimen terbanyak sedang berusaha membentuk perikatan yang lain.
Menurut Setiausaha Agung Parti Pheu Thai, mereka yakin akan berjaya berbuat demikian apabila dewan rendah parlimen Thai bersidang Sabtu depan, bagi memilih Speaker dan timbalan-timbalannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.