Parti PM Modi kalah di Ayodhya
Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: Parti Bharatiya Janata India (BJP) yang mentadbir negara itu mengaku kalah pada Selasa (4 Jun) di kawasan undi di mana sebuah kuil Hindu dirasmikan oleh Perdana Menteri Narendra Modi beberapa bulan yang lalu.
Perasmian kuil tersebut malah, dianggap sebagai satu acara yang akan mengukuhkan legasi PM Modi dan kemenangan partinya dalam pilihan raya tersebut.
BJP dijangka akan berdepan dengan beberapa lagi kekalahan teruk di wilayah utara Uttar Pradesh, sedang parti pembangkang Parti Samajwadi dan Kongres mendahului lebih separuh daripada 80 kerusi yang dipertandingkan, termasuk di bandar Ayodhya di kawasan Faizabad di mana PM Modi merasmikan kuil itu pada Januari lalu.

Pembukaan kuil tersebut yang didedikasikan untuk Dewa Rama, yang ditempatkan di bekas tapak sebuah masjid purba yang mencetuskan kemarahan golongan minoriti Muslim di India, memenuhi janji BJP selama tiga dekad. Janji tersebut dibangkitkan hampir setiap rapat pilihan raya semasa berlangsungnya pilihan raya tersebut selama dua bulan di negara tersebut.
"Saya tidak dapat melindungi maruah anda dan Ayodhya, pasti ada kekurangan pada diri saya," kata Lallu Singh, penggubal undang-undang dari Faizabad yang menjadi calon BJP, kepada para pekerja parti itu, menurut rakaman yang dikongsi oleh akhbar Indian Express.
"Mesti terdapat beberapa sebab kami tidak memenangi kawasan undi Ayodhya."
Kawasan undi Faizabad memilih Encik Singh dua kali untuk menyandang kerusi parlimen itu, pada 2014 dan 2019, di mana parti Encik Modi menang besar setelah memperolehi 71 dan 62 kerusi di Uttar Pradesh, wilayah di India dengan paling ramai penduduk.
Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan jumlah kerusi yang diperolehi BJP berkurangan kepada 33 kerusi di wilayah itu, yang telah menarik perhatian para penganalisis kepada isu pengangguran dan inflasi yang tinggi - dua keprihatinan utama pengundi.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.