Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parti pimpinan PM Britain kalah dua pilihan raya kecil parlimen

Anggaran Waktu Membaca:
Parti pimpinan PM Britain kalah dua pilihan raya kecil parlimen
Diterbitkan : 24 Jun 2022 03:07PM Dikemas Kini : 24 Jun 2022 03:22PM

LONDON: Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengalami dua kekalahan teruk dalam pilihan raya kecil Parlimen pada Jumaat (24 Jun) termasuk kerusi di barat daya yang sebelum ini disandang parti itu selama lebih satu abad.

Tory hilang kerusi Tiverton dan Honiton kepada Liberal Democrat manakala parti pembangkang utama Buruh merampas semula kawasan Wakefield di utara England, dalam keputusan yang akan memberi tekanan baru kepada Encik Johnson.

Proses undian diadakan pada Khamis (23 Jun) selepas penyandang dua kerusi Parlimen dari Parti Konservatif itu meletakkan jawatan beberapa bulan lalu atas perbuatan tidak bermoral.

Bekas Anggota Parlimen Tiverton dan Honiton, Neil Parish berhenti selepas mengaku menonton pornografi di telefonnya di Dewan Rakyat, manakala Imran Ahmad Khan dari Wakefield dipenjarakan kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang remaja lelaki.

Parti Konservatif sudah dijangka kalah dalam kedua-dua pilihan raya kecil.

Encik Johnson yang kini di Rwanda bagi sidang puncak Komanwel berikrar tidak akan melepaskan jawatan.

Parti Liberal Democrat mengalahkan pesaingnya dengan majoriti lebih 24,000 untuk memenangi kerusi Tiverton dan Honiton.

Sementara di Wakefield berhampiran Leeds, parti Buruh menang dengan hampir 5,000 undi.

Kedua-dua anggota parlimen yang menang itu berkata Britain sudah hilang kepercayaan terhadap Encik Johnson dan menggesa beliau meletakkan jawatan susuli skandal "Partygate".

Pemimpin parti Buruh, Keir Starmer, berhasrat  menggantikan Encik Johnson sebagai perdana menteri pada pilihan raya umum akan datang  menjelang 2024.
Sumber : AFP/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa