Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parti pimpinan mantan PM Pakistan Imran Khan akan berundur dari dewan undangan

Anggaran Waktu Membaca:

NEW DELHI: Mantan perdana menteri Pakistan Imran Khan berkata parti pimpinannya akan berundur daripada semua dewan undangan untuk meneruskan kempennya bagi mendesak agar pilihan raya awal diadakan.

Berucap di satu perhimpunan besar-besaran di bandar Rawalpindi pada Sabtu (26 Nov), Encik Khan berkata beliau memutuskan untuk membuat perubahan berhubung perarakan yang dirancang di Islamabad kerana bimbang akan berlaku lagi rusuhan.

Keputusan diambil untuk tidak memasuki Islamabad kerana ia boleh mewujudkan keadaan anarki dan sudahpun memilih laluan lain bagi meneruskan kempen "Haqeeqi Azadi" (kebebasan sebenar), katanya.

Kemunculan Encik Khan di perhimpunan awam itu yang pertama sejak beliau terselamat daripada sati percubaan membunuh pada 3 November lalu. 

Dalam ucapannya selama lebih sejam, pemimpin Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan itu kelihatan bersemangat walaupun kecederaan pada kaki kanannya akibat ditembak masih belum pulih sepenuhnya.

Beliau berkata kecederaan pada kakinya mungkin mengambil masa tiga bulan untuk sembuh.

Mantan perdana menteri itu menegaskan pemerintah persekutuan yang dibentuk pada April, berikutan penggulingannya dalam undi tidak percaya parlimen, tidak mempunyai mandat sepenuhnya untuk memerintah.

Dalam tempoh tujuh bulan, Encik Khan mengadakan lebih 60 perhimpunan besar-besaran.

Beliau menyalahkan penggulingannya atas konspirasi perubahan rejim yang disokong pihak asing, membantah rasuah dan salah guna kuasa dan menyifatkan kejayaan kerajaannya dalam bidang ekonomi dan pengendalian pandemik COVID-19.

"Kami juga telah memutuskan untuk tidak menjadi sebahagian daripada sistem rasuah ini," kata Encik Khan, sambil menambah beliau akan bertemu ketua menteri wilayah pimpinan PTI dan parti parlimen bagi mengadakan perbincangan untuk berundur daripada semua dewan undangan,” katanya.

Partinya mempunyai empat pemerintah wilayah termasuk di Khyber Pakhtunkhwa dan Punjab yang menempatkan lebih separuh daripada 220 juta penduduk Pakistan.

Anggota PTI meletak jawatan beramai-ramai daripada parlimen persekutuan selepas pemerintah parti itu tumbang tujuh bulan lalu.

Dengan meninggalkan dewan undangan akan mewujudkan lebih tekanan supaya pilihan raya baru diadakan di seluruh negara.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan