Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parti Pheu Thai mendahului kiraan awal undi Pilihan Raya Thailand

Anggaran Waktu Membaca:
Parti Pheu Thai mendahului kiraan awal undi Pilihan Raya Thailand

(Gambar: Rapeephat Sitichailapa/AP)

BANGKOK: Pengiraan undi awal bagi Pilihan Raya Umum Thailand pada Ahad (14 Mei) menunjukkan parti pembangkang yang progresif sedang mendahului parti-parti lain, yang disusuli oleh parti kerajaan yang disokong oleh tentera. 

Parti Pheu Thai mendahului dengan 6.45 peratus undi layak yang dikira setakat pukul 9.33 malam waktu Singapura, diikuti dengan sebuah lagi parti pembangkang, Move Forward, menurut kiraan awal Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand. 

Suruhanjaya itu dijangka akan mengumumkan keputusan awal pilihan raya sebelum pukul 11.00 malam waktu Singapura. 

Pilihan raya kali ini menyaksikan persaingan antara parti-parti pembangkang yang progresif dengan parti-parti yang disokong oleh golongan konservatif dan para jeneral di tengah-tengah pergolakan selama dua dekad dalam ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu.

Kemenangan pembangkang pada hari Ahad tidak akan memberi jaminan bahawa mana-mana parti akan mentadbir Thailand. Ini kerana sekalipun sebagai satu perikatan, undang-undang parlimen yang digubal oleh pihak tentera selepas rampasan kuasa pada 2014 memihak kepada pihak tentera.

Tinjauan pendapat sebelum ini membayangkan, bekas ketua tentera yang merampas kuasa, Prayut Chan-o-cha, akan kalah teruk menyusuli kempen pilihan raya yang dipaparkan sebagai pertembungan antara generasi muda yang mendambakan perubahan dan kumpulan tradisionalis serta penyokong setia institusi diraja.

Parti pembangkang utama Pheu Thai yang diterajui oleh anak perempuan mantan perdana menteri Thaksin Shinawatra, mendahului tinjauan pendapat terkini. 

Namun, bagi negara di mana kemenangan pilihan raya sering dicemari dengan rampasan kuasa dan perintah mahkamah, terdapat kebimbangan pihak tentera akan berusaha untuk mengekalkan kuasanya, sekali gus meningkatkan prospek berlaku ketidakstabilan di negara itu. 

Pusat-pusat mengundi ditutup pada pukul 5.00 petang selepas proses mengundi berjalan lancar, tanpa masalah besar yang dilaporkan oleh media Thailand. 

Sumber : Reuters/AFP/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan