Skip to main content

Dunia

Parti pemerintah Kemboja menang besar Pilihan Raya Senat

Anggaran Waktu Membaca:
Parti pemerintah Kemboja menang besar Pilihan Raya Senat

Mantan Perdana Menteri Hun Sen. (Gambar: AFP)

PHNOM PENH: Parti pemerintah Kemboja, Parti Rakyat Kemboja (CPP) menang besar dalam Pilihan Raya Senat.

Kemenangan itu mengukuhkan lagi kedudukan mantan Perdana Menteri Hun Sen untuk kembali ke arena politik selepas beliau melepaskan jawatan tersebut pada tahun lalu.

Encik Hun Sen yang berusia 71 tahun mengundi berdekatan rumahnya pada Ahad (25 Feb).

Menurut Encik Hun Sen, beliau mahu menjadi presiden Senat, sekali gus membolehkan beliau bertindak sebagai ketua negara apabila Raja berada di luar negara.

Selepas hampir empat dekad menerajui Kemboja, Encik Hun Sen menyerahkan kuasa beliau kepada anak lelaki sulungnya Hun Manet, selepas pilihan raya umum pada Ogos lalu.

Pada masa itu, Encik Hun Sen menjelaskan bahawa walaupun beliau sudah melepaskan jawatan, beliau masih berniat untuk memperluaskan pengaruhnya.

Minggu lalu, para penggubal undang-undang meluluskan anak bongsunya, Hun Many, sebagai timbalan perdana menteri.
Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita