Parti pembangkang utama Taiwan menang pilihan raya, ambil alih kuasa Taipei
Anggaran Waktu Membaca:

Calon Datuk Bandar Taipei dari parti pembangkang Taiwan KMT, Wayne Chiang. (Gambar: AP/Chiang Ying-ying)
TAIPEI: Parti Pembangkang utama Taiwan, Kuomintang (KMT) memenangi kuasa sebagai Datuk Bandar Taipei pada Sabtu (26 Nov).
Ini menjadi rintangan bagi Presiden Tsai Ing-wen, yang sebelum ini menyatakan pilihan raya tempatan itu sebagai memberi mesej kepada masyarakat sejagat mengenai komitmen wilayah tersebut dalam mempertahankan demokrasinya, sedang ia berdepan sikap China yang semakin agresif.

Pilihan raya bagi melantik Datuk Bandar, Ketua Daerah dan Ahli Majlis tempatan itu menumpukan perhatian kepada isu domestik seperti pandemik COVID-19 dan jenayah. Malah, mereka yang dipilih tidak akan dapat menyuarakan sebarang perkara mengenai dasar China, secara langsung.
Cik Tsai, yang memimpin Parti Progresif Demokratik (DPP), bagaimanapun menggambarkan pilihan raya tersebut sebagai lebih daripada pengundian tempatan saja, sambil menjelaskan bahawa masyarakat sejagat sedang memerhati bagaimana Taiwan mempertahankan demokrasinya di tengah-tengah ketegangan tentera yang tercetus dengan China, yang mendakwa Taiwan sebagai wilayah miliknya.
Kedua-dua parti DPP dan KMT, yang biasanya mempunyai kecenderungan untuk memastikan hubungan rapat dengan China meskipun menyangkal bersikap pro-Beijing, sudahpun menumpukan perhatian kepada kawasan utara Taiwan yang padat dengan penduduk dan juga mereka yang kaya, terutama di ibu kota Taipei, dalam usaha kempen mereka.
Ini memandangkan Datuk Bandar Taipei dari parti kecil, Parti Rakyat Taiwan tidak dapat bersaing disebabkan had penggalnya.
"Saya sudah mengecewakan semua orang," kata calon Datuk Bandar Taipei DPP Chen Shih-chung kepada para penyokong, sambil menambah beliau sudah mengutuskan ucapan tahniah "secara ikhlas" kepada Wayne Chian dari parti KMT dalam panggilan telefon.
Beliau turut menggesa orang ramai untuk terus menyokong Cik Tsai.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.