Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parti pembangkang M'sia, kumpulan siswazah tunjuk perasaan terhadap inflasi, kos sara hidup

Anggaran Waktu Membaca:
Parti pembangkang M'sia, kumpulan siswazah tunjuk perasaan terhadap inflasi, kos sara hidup

Tunjuk-tunjuk perasaan mahasiswa di hadapan Sogo baru-baru ini. (Gambar: Facebook/Malaysiadateline.com)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia semakin berdepan dengan tekanan daripada rakyat berhubung kos sara hidup yang meningkat dan inflasi.

Parti-parti pembangkang dan kumpulan siswazah turut menunjuk perasaan di jalan-jalan raya untuk meluahkan kekecewaan mereka.

Antara tuntutan mereka supaya lebih banyak bantuan diberikan kepada rakyat, terus menyediakan subsidi dan kawalan harga makanan.

Sekumpulan aktivis pelajar juga menunjuk perasaan berhubung harga makanan yang melambung.

Mereka berkongsi ada dalam kalangan siswazah yang sukar mencari sesuap nasi sejak berbulan lamanya.

Namun, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata itu tidak benar.

Kerajaan Malaysia melancarkan usaha membanteras inflasi dengan sebuah pasukan bertindak silang agensi bertemu dua kali seminggu untuk memantau harga.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa yang juga pengerusi jawatankuasa itu mengatakan Malaysia mempunyai antara harga bahan bakar dan makanan paling murah di Asia Tenggara.

Ini selain barangan asas juga seperti telur, ayam dan minyak masak dimasukkan di bawah mekanisme kawalan harga.

Malaysia juga mengharamkan eksport ayam dan minyak masak yang banyak menerima subsidi sehingga menarik perhatian pemain industri.

Encik Annuar berkata: "Namakan saya satu negara yang berjaya menurunkan inflasi dengan memotong gaji. Itu pertama. Yang kedua, katakanlah anda potong RM10,000 (S$3,100) daripada para menteri dan menggandakannya dengan 36, berapa banyak boleh anda dapat? Bolehkah anda memastikan saya inflasi dapat dihuraikan? Harga barang tidak naik? Janganlah bermain politik."

Dengan Pilihan Raya Umum ke-15 Malaysia kemungkinan diadakan pada suku keempat tahun ini, ketegangan semakin meruncing di semua pihak sedang parti-parti politik bersedia bagi PRU15.

Sekitar enam juta pengundi baru dijangka dapat mengundi dalam PRU15 Malaysia.

Lantaran itu, memenangi hati dan pemikiran golongan belia menjadi keutamaan bagi semua parti politik yang dianggap sebagai penentu PRU15.
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan