Parti Pejuang fokus kerjasama dengan NGO untuk hadapi PRU15, kata Dr Mahathir
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
AYER KEROH: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memberi tumpuan kepada kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan profesional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.
Pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad berkata, pelibatan pihak berkecuali itu meliputi kira-kira 100 NGO termasuk kumpulan pesara tentera dan guru, seperti dinukil daripada Astro AWANI.
"Kita akan bekerjasama kerana mereka juga berhak mengundi, sebenarnya kalau UMNO pun kalau bergantung kepada ahli UMNO sahaja, mereka tidak boleh menang. UMNO menang kerana orang ramai sokong. Kita pun macam itu juga, kita hendak beritahu pada orang ramai apa dia Pejuang.
"Kalau mereka, mempunyai pendirian yang sama dengan Pejuang, kita boleh kerjasama dengan mereka. Pertamanya. kita hendak hapuskan budaya rasuah ini, kebanyakan daripada mereka macam di Johor baru-baru ini, kita cuba nak tarik sokongan kepada Pejuang, mereka tanya, berapa Pejuang nak bagi. Ini kerana parti lain konon bagi RM200 (S$62.60) pada pengundi. Kita tidak bagi duit, kita kalau berjuang nak dapat sokongan bukan kerana duit," kata beliau.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pemukiman Pejuang Negeri Melaka di sebuah hotel di Ayer Keroh hari ini (4 Jun), lapor Astro AWANI.
Mengulas lanjut ujarnya, beliau mengakui parti itu tidak akan bergerak solo bagi mempertaruhkan nasib pada PRU15 yang digambarkan bakal diadakan tidak lama lagi.
Namun kata beliau, ini bukan masa yang sesuai untuk membincangkan soal kerjasama dengan mana-mana parti politik, sebaliknya agenda utama parti ketika ini adalah untuk menjelaskan hala tuju sebenar parti selain tumpuan kepada masalah yang dihadapi masyarakat Melayu khususnya ketika ini, lapor Astro AWANI.
Kata beliau, ini kerana masyarakat juga kecewa dengan kelakuan sesetengah ahli politik yang jelas tidak lagi berjuang untuk bangsa, sebaliknya merebut jawatan tertinggi di dalam parti mahupun kerajaan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.