Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parti MUDA hasrat tanding PRN Melaka; runding dengan PH

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini (27 Okt) menyatakan hasrat akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Parti MUDA hasrat tanding PRN Melaka; runding dengan PH

Presiden Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 27 Oct 2021 04:55PM Dikemas Kini : 27 Oct 2021 04:57PM

MELAKA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini (27 Okt) menyatakan hasrat akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata untuk itu, pihaknya kini berunding dengan Pakatan Harapan (PH) bagi meletakkan calon MUDA di PRN berkenaan.

"MUDA telahpun membuat pendirian tetap untuk bertanding dalam PRN negeri (Melaka) ini. Kita akan berunding dengan parti-parti (PH) dan akan mengumumkan perkara ini bersama selepas tempoh rundingan tamat.

"Kami mahu meletakkan nama kami sebagai sebuah parti yang berhasrat untuk bertanding bersama dalam semangat blok pembangkang untuk membawa perubahan yang jelas," katanya di sidang media mengenai PRN Melaka di Melaka hari ini.

MUDA, yang ditubuhkan Syed Saddiq pada 17 September 2020, bagaimanapun belum diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sebagai parti politik.

Semasa ditanya wartawan sama ada MUDA akan bertanding di bawah tiket PH memandangkan parti tersebut masih belum disahkan pendaftarannya, Ahli Parlimen Muar itu berkata perkara itu masih dibincangkan.

Beliau berata pihaknya akan mengetengahkan calon muda yang dinamik, berpengalaman dan mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang baik bagi PRN itu.

“Saya difahamkan PH juga sedang membincangkan logo apa yang bersesuaian. Tetapi (apa) yang jelas, mana-mana gabungan yang kita sertai, kita perlu tekankan tiga perkara iaitu politik berbilang bangsa dan agama, politik 'moderat' dan dasar serta politik khidmat.

“Kita tolak politik katak, politik tidak berintegriti yang bersandarkan pangkat dan jawatan semata-mata,” tegas beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka pada 8 November manakala tarikh mengundi pula pada 20 November.

PRN Melaka diadakan menyusuli pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober lalu apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan