Parti memerintah Jepun akan pilih PM seterusnya pada 27 Sep
Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Parti Liberal Demokratik (LDP) yang memerintah Jepun akan memilih presiden baharunya pada 27 September depan.
Demikian menurut media tempatan pada Selasa (20 Ogos).
Seorang pegawai berkata dalam mesyuarat pada Selasa jawatankuasa dalaman LDP juga sudah membuat keputusan bahawa calon-calonnya akan mula berkempen pada 12 September.
Pemilihan Presiden baharu LDP perlu dilakukan selepas Perdana Menteri, Fumio Kishida mengumumkan minggu lalu, beliau tidak mahu bertanding lagi setelah sokongan rakyat kepadanya, menjunam.
Secara tradisi, pemimpin LDP menyandang juga jawatan Perdana Menteri Jepun kerana parti itu menguasai parlimen.
Beberapa nama disebut-sebut bakal bertanding untuk menjadi Presiden LDP.
Mereka termasuk mantan Menteri Pertahanan, Shigeru Ishiba, mantan Menteri Sekitaran, Shinjiro Koizumi dan Menteri Keselamatan Ekonomi, Sanae Takaichi.
Jika Cik Takaichi dipilih, beliau bakal menjadi Perdana Menteri wanita pertama Jepun.

Sumber : AGENCIES/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.