Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parti Likud menang pilihan raya umum Israel

Anggaran Waktu Membaca:
Parti Likud menang pilihan raya umum Israel

Bekas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. (Gambar: RONALDO SCHEMIDT / AFP)

BAITULMAKDIS: Mantan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semakin pasti akan kembali menerajui negara itu.

Perdana Menteri Israel, Yair Lapid telah mengaku kalah dan mengucapkan tahniah kepada Encik Netanyahu atas kemenangan parti Likud pimpinannya dalam pilihan raya umum pada Selasa lalu (1 Nov).

Jawatankuasa Pilihan Raya Israel menyatakan, parti Likud dan sekutu-sekutunya menang 64 daripada 120 kerusi parlimen.
Ini bermakna parti-parti berhaluan kanan dan Ortodoks Yahudi yang tegar itu boleh membentuk pemerintah.

Encik Netanyahu disingkirkan sebagai Perdana Menteri, 14 bulan lalu.

Meskipun akan kembali berkuasa, pemimpin berusia 73 tahun itu masih dibicarakan dalam kes rasuah.
Sumber : Agensi berita/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan