Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parti konservatif Korea Selatan mulakan proses ganti calon presiden

Anggaran Waktu Membaca:
Parti konservatif Korea Selatan mulakan proses ganti calon presiden

Gambar hiasan. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 10 May 2025 10:36AM Dikemas Kini : 10 May 2025 11:19AM
SEOUL: Parti konservatif Korea Selatan, Parti Kuasa Rakyat (PPP), memulakan proses yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk menggantikan calon presidennya menyusuli kegagalan rundingan bagi menyatukan pencalonan antara Kim Moon Soo dan mantan Perdana Menteri Kim Moon Soo.

Langkah itu diambil berikutan kebimbangan bahawa kegagalan menyatukan barisan konservatif boleh menjejaskan peluang parti itu dalam Pilihan Raya Presiden pada 3 Jun, lapor agensi berita Yonhap.

Sebaik sahaja keputusan dimuktamadkan, semua ahli PPP perlu mengundi hasil keputusan tersebut.

Calon akhir dijangka diumumkan pada mesyuarat jawatankuasa nasional parti itu pada Ahad (11 Mei) - tarikh akhir bagi pendaftaran calon presiden dengan suruhanjaya pilihan raya negara.

Pada Sabtu (10 Mei), parti itu mengadakan mesyuarat jawatankuasa kecemasan dan pengurusan pilihan raya untuk membincangkan keputusan utama, termasuk kemungkinan membatalkan pencalonan Kim, keanggotaan Han dalam parti, dan perkara berkaitan.

Lee Jae Myung, calon Parti Demokrat (DP), terus mendahului dalam beberapa tinjauan pendapat terkini.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan