Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parti kerajaan Thai pilih tokoh politik veteran sebagai calon PM

Anggaran Waktu Membaca:
Parti kerajaan Thai pilih tokoh politik veteran sebagai calon PM

Timbalan PM Prawit Wongsuwon (tengah) menyampaikan ucapan semasa sebuah mesyuarat yang diadakan di Narathiwat, wilayah selatan Thailand pada 6 April 2016. (Gambar: AFP/Madaree Tohlala)


BANGKOK: Parti kerajaan Thailand yang pro-tentera, Palang Pracharat, memilih tokoh politik veteran dan mantan ketua tentera Prawit Wongsuwon sebagai calon perdana menterinya.

Seorang pegawai kanan parti mendedahkan demikian pada Jumaat (27 Jan), ketika parti-parti bersiap sedia untuk pilihan raya yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada Mei.

Encik Prawit, yang kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dijangka menentang Paetongtarn Shinawatra dari Parti Pheu Thai.

Cik Paetongtarn, anak mantan perdana menteri Thaksin Shinawatra yang melarikan diri untuk hidup dalam buangan, sudah mengisytiharkan kesediaannya untuk menggalas jawatan tertinggi negara itu.

Encik Prawit, 77 tahun, juga mungkin berdepan dengan penyandang perdana menteri dan anak didiknya, Prayut Chan-o-cha, 68 tahun, yang telah menyertai Parti Bangsa Thai Bersatu.

Kedua-duanya adalah mantan ketua tentera yang sering merujuk satu sama lain sebagai saudara dan berasal dari unit elit Queen's Guard.

Mereka berdua sama-sama terlibat dalam rampasan kuasa terhadap kerajaan yang dikawal oleh keluarga Shinawatra.
Sumber : Reuters/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan