Parti Demokrat sokong Prabowo Subianto dan Parti Gerindra
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: facebook/Anis Matta)
JAKARTA: Pengerusi Dewan Pimpinan Pusat (DPP) Parti Gerindra Sufmi Dasco Ahmad berkata, pergabungan Parti Demokrat dengan Gabungan Indonesia Maju (KIM) adalah satu penghormatan.
Perkara tersebut disampaikan Encik Dasco kepada anggota aktivis Parti Gerindra selepas kunjungan Parti Demokrat ke Hambalang, Jawa Barat, pada Ahad (17 Sep).
KIM merupakan gabungan parti politik yang menyokong Prabowo Subianto sebagai calon presiden pada Pilihan Raya Presiden Indonesia pada 2024, lapor Kompas.com.
"Parti Gerindra mendapat penghormatan serta mengukuhkan kedudukannya dalam menghadapi pilihan raya presiden 2024. Di mana parti kita telah menerima pergabungan Parti Demokrat secara rasmi ke dalam Gabungan Indonesia Maju," kata Encik Dasco dalam kenyataan pada Ahad malam.
Beliau menjelaskan bahawa kehadiran anggota tertinggi Parti Demokrat di Hambalang adalah untuk menyampaikan keputusan Majlis Tertinggi Parti (MTP) Demokrat untuk menyokong Encik Prabowo sebagai calon presiden pada Pilihan Raya Presiden 2024.
Gabungan Parti Demokrat mengukuhkan kedudukan KIM dalam sokongannya kepada Encik Prabowo pada Piliha Raya Presiden yang akan datang.
Setakat ini, Encik Prabowo berjaya mendapatkan sokongan Parti Golkar, Parti Amanat Nasional (PAN), Parti Gelora dan Parti Bulan Bintang.
Encik Dasco juga menggesa anggota aktivitis Parti Gerindra untuk bersyukur atas penyertaan Parti Demokrat yang mengukuhkan kekuatan KIM, seperti dinukil laporan Kompas.com.
Meskipun demikian, mereka diingatkan untuk menghormati setiap pihak dan menjalankan pilihan raya dengan aman.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.