Parti Demokrat menang besar dan kuasai Kongres Amerika Syarikat, tamparan hebat buat Trump
Parti Democrat berjaya merampas penguasaan kedua-dua dewan Kongres Amerika Syarikat dalam pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa (3 Nov), sekali gus memberikan tamparan besar kepada Presiden Donald Trump dan Parti Republican.
Calon Senator Amerika Syarikat daripada Parti Democrat, Adam Hamilton, meraikan keputusan pilihan raya pertengahan penggal di Overland Park, Kansas, pada Selasa (3 Nov 2026). (Gambar: AFP/Getty Images/Jim Vondruska)
- The Democratic Party seized majorities in both chambers of the US Congress in the midterm elections on Nov 3, challenging President Donald Trump and the Republican Party.
- The party won Senate and House seats, as well as governorships in several states, including Republican strongholds such as Texas, Ohio, Iowa and South Carolina.
- Voters were influenced by dissatisfaction over the cost of living, rising petrol prices due to the war with Iran that began in February, and concerns about the country's direction.
- Trump campaigned for Republican candidates, but the results reflected demands for Congress to balance the president's power and are expected to make it harder for him to carry out his agenda during the remaining two years of his second term.
- Parti Democrat merampas majoriti kedua-dua dewan Kongres Amerika Syarikat dalam pilihan raya pertengahan penggal pada 3 November, mencabar Presiden Donald Trump dan Parti Republican.
- Parti itu memenangi kerusi Senat dan Dewan Perwakilan serta jawatan gabenor di beberapa negeri, termasuk kubu Republican seperti Texas, Ohio, Iowa dan South Carolina.
- Pengundi dipengaruhi rasa tidak puas hati terhadap kos sara hidup, kenaikan harga petrol akibat perang dengan Iran yang bermula pada Februari, dan kebimbangan tentang hala tuju negara.
- Trump berkempen untuk calon Republican, tetapi keputusan itu mencerminkan tuntutan supaya Kongres mengimbangi kuasa Presiden dan dijangka menyukarkan pelaksanaan agendanya sepanjang baki dua tahun penggal kedua.
WASHINGTON: Parti Democrat berjaya merampas penguasaan kedua-dua dewan Kongres Amerika Syarikat dalam pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa (3 Nov), sekali gus memberikan tamparan besar kepada Presiden Donald Trump dan Parti Republican.
Kemenangan besar itu turut menyaksikan Parti Democrat menawan kerusi di beberapa negeri yang selama ini dianggap kubu kuat Parti Republican, termasuk South Carolina, Texas dan Iowa.
Keputusan tersebut mencerminkan rasa tidak puas hati sebahagian besar pengundi terhadap pengurusan ekonomi oleh pemerintah Presiden Trump, khususnya peningkatan kos sara hidup dan kesan perang dengan Iran yang bermula pada Februari lalu.
Perang tersebut turut menyebabkan harga minyak petrol meningkat dengan ketara, sekali gus menambahkan tekanan kewangan terhadap isi rumah Amerika.
Walaupun jumlah keseluruhan kerusi yang dimenangi masih belum dimuktamadkan, Parti Democrat sudah merampas 6 kerusi Senat daripada Parti Republican, sekali gus memastikan parti itu memperoleh majoriti di dewan berkenaan.
Parti Democrat juga berada di landasan untuk menguasai Dewan Perwakilan selepas merampas sekurang-kurangnya 8 kerusi Parti Republican di beberapa negeri, termasuk Kentucky, New Jersey dan North Carolina.
DEMOCRAT TEMBUS KUBU KUAT REPUBLICAN
Di Kansas, paderi Adam Hamilton mencipta sejarah apabila menjadi calon Parti Democrat pertama memenangi kerusi Senat di negeri itu sejak zaman Kemelesetan Besar hampir 100 tahun lalu.
Di Ohio, calon Parti Democrat Sherrod Brown turut meraih kemenangan bagi kerusi Senat yang pernah disandang Naib Presiden JD Vance.
Sementara itu, di Texas, wakil rakyat negeri daripada Parti Democrat, James Talarico, menewaskan Peguam Negara Texas Ken Paxton daripada Parti Republican, meskipun Encik Paxton menerima sokongan besar daripada penyumbang kempen luar.
Kemenangan tersebut dianggap penting memandangkan Ohio dan Texas menyokong Encik Trump dengan kelebihan 2 angka peratusan dalam pilihan raya presiden 2024.
Di South Carolina pula, pakar pediatrik Annie Andrews menewaskan Senator Parti Republican Darline Graham.
Encik Trump sebelum ini memenangi negeri tersebut dengan kelebihan hampir 18 mata peratusan pada 2024.
Parti Democrat turut mencatat kemenangan dalam pilihan raya gabenor, termasuk di Texas, apabila Gina Hinojosa menewaskan penyandang jawatan selama 3 penggal, Greg Abbott.
Parti itu juga berjaya memenangi jawatan gabenor di Iowa dan Ohio.
TRUMP PERSOAL KEKALAHAN CALON REPUBLICAN
Encik Trump sebelum ini giat berkempen bagi calon Parti Republican, termasuk Encik Paxton, Cik Graham dan calon Senat Ohio Jon Husted.
Beliau menghadiri lebih 20 rapat pilihan raya dalam usaha menggalakkan penyokongnya keluar mengundi.
Bagaimanapun, ketika keputusan awal menunjukkan Parti Republican berdepan kemungkinan kehilangan penguasaan Kongres, Encik Trump menegaskan bahawa namanya tidak bertanding dalam pilihan raya tersebut.
Menerusi hantaran media sosial pada Selasa (3 Nov) malam, beliau mendakwa Parti Republican akan mencatat kemenangan besar sekiranya beliau sendiri bertanding.
Di Georgia, Senator Parti Democrat Jon Ossoff, yang diunjurkan memenangi pemilihan semula, menyifatkan keputusan pilihan raya itu sebagai penolakan pengundi terhadap kepimpinan Encik Trump.
Beliau berkata kemenangan Parti Democrat menunjukkan rakyat Amerika tidak berpuas hati dengan hala tuju negara di bawah pentadbiran Presiden Trump.
KOS SARA HIDUP, PERANG IRAN JADI TUMPUAN PENGUNDI
Tinjauan selepas pengundian yang dijalankan firma SSRS bagi beberapa pertubuhan media Amerika menunjukkan separuh daripada pengundi yang ditinjau melihat pilihan raya pertengahan penggal sebagai peluang untuk menyuarakan bantahan terhadap Encik Trump.
Sekitar 75 peratus responden pula berkata mereka marah atau tidak berpuas hati dengan hala tuju negara.
Selain itu, 70 peratus responden mahu Kongres memainkan peranan lebih besar dalam mengimbangi dan mengawasi kuasa Presiden.
Keputusan tersebut menunjukkan kebimbangan terhadap kos sara hidup serta kesan perang Iran menjadi antara isu utama yang mempengaruhi sentimen pengundi.
Kemenangan Parti Democrat dalam kedua-dua dewan Kongres dijangka membawa cabaran baharu kepada Encik Trump dalam usaha melaksanakan agenda pentadbirannya sepanjang baki 2 tahun penggal kedua beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.