Skip to main content

Dunia

Parti Democrat sasar keluarga, pegawai kanan Trump dalam siasatan Kongres

Parti Democrat Amerika Syarikat mengeluarkan 12 surat kepada para anggota keluarga Presiden Donald Trump dan pegawai kanan pentadbirannya, meminta mereka menyimpan dokumen menjelang siasatan Kongres yang dirancang selepas parti itu mengambil alih kuasa pada Januari 2027.

Anggaran Waktu Membaca:
Parti Democrat sasar keluarga, pegawai kanan Trump dalam siasatan Kongres

Anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Robert Garcia bercakap kepada wartawan selepas pemilihan kepimpinan Parti Democrat di Capitol Hill, Washington, pada 18 November 2026. (Gambar: AFP/Anna Moneymaker)

Diterbitkan : 19 Nov 2026 08:05AM
Democrats target Trump family and senior officials in congressional investigation
  • Democrats, through Robert Garcia, sent 12 letters on Nov 18 to members of the Trump family and current and former senior officials, asking them to preserve documents ahead of a congressional investigation planned after the party takes over the committees in January 2027.
  • The proposed investigation aims to examine allegations of corruption, conflicts of interest involving cryptocurrency businesses and foreign investments, influence on behalf of particular interests, and misconduct in immigration enforcement actions.
  • Letters to JD Vance, Attorney General Todd Blanche and Susie Wiles also addressed allegations of concealing information about Epstein, the political impact of the scandal, Ghislaine Maxwell’s transfer and private donations for a White House ballroom project.
  • The notices do not yet require documents to be handed over, but signal a possible investigation and use of subpoenas; the Trump administration objected, while White House adviser Will Scharf warned of possible criminal misconduct.
Dijana oleh AI

WASHINGTON: Parti Democrat Amerika Syarikat mengeluarkan 12 surat kepada para anggota keluarga Presiden Donald Trump dan pegawai kanan pentadbirannya, meminta mereka menyimpan dokumen menjelang siasatan Kongres yang dirancang selepas parti itu mengambil alih kuasa pada Januari 2027.

Robert Garcia, anggota kanan Parti Democrat dalam Jawatankuasa Pengawasan Dewan Perwakilan, menghantar surat tersebut pada Rabu (18 Nov) berhubung dakwaan rasuah, konflik kepentingan, salah laku dalam penguatkuasaan imigresen serta pengendalian fail berkaitan pesalah seks Jeffrey Epstein.

Antara penerimanya ialah dua anak lelaki Encik Trump, Donald Trump Jr dan Eric Trump, Naib Presiden JD Vance, Peguam Negara Todd Blanche serta menantunya, Jared Kushner.

Encik Garcia, yang dijangka mempengerusikan jawatankuasa tersebut pada Januari, berkata siasatan berkenaan bertujuan menangani dakwaan salah laku dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran Trump.

KELUARGA TRUMP, PEGAWAI KANAN JADI TUMPUAN

Encik Garcia membangkitkan kemungkinan konflik kepentingan melibatkan perniagaan mata wang kripto dua anak lelaki Trump.

Encik Kushner pula diminta menyimpan rekod berkaitan dakwaan menggunakan kedudukannya dalam pentadbiran untuk memperkayakan diri dan perniagaannya menerusi pelaburan asing.

Bekas Duta Amerika ke Greece Kimberly Guilfoyle turut menerima surat berhubung dakwaan menggunakan pengaruh untuk kepentingan tertentu.

Sementara itu, bekas Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Kristi Noem, bekas penasihatnya Corey Lewandowski dan Ketua Kakitangan Rumah Putih Stephen Miller menjadi sasaran berhubung dakwaan salah laku dalam tindakan keras imigresen.

PENGENDALIAN FAIL EPSTEIN TURUT JADI TUMPUAN

Encik Vance, Encik Blanche dan bekas Ketua Kakitangan Rumah Putih Susie Wiles diminta menyimpan dokumen berkaitan dakwaan usaha menyembunyikan maklumat mengenai Epstein dan mengawal kesan politik skandal tersebut.

Epstein meninggal dunia dalam penjara pada 2019 ketika menunggu perbicaraan atas tuduhan pemerdagangan seks.

Surat lain turut menyentuh pemindahan sekutu Epstein, Ghislaine Maxwell, ke penjara dengan tahap keselamatan minimum serta sumbangan pihak swasta bagi projek dewan tarian Rumah Putih.

Bagaimanapun, notis tersebut tidak mewajibkan penerima menyerahkan dokumen buat masa ini, tetapi memberi gambaran mengenai siasatan yang mungkin dijalankan apabila Parti Democrat menguasai jawatankuasa itu dan memperolehi kuasa mengeluarkan sepina.

Pentadbiran Trump sebelum ini membantah rancangan tersebut.

Penasihat Undang-Undang Rumah Putih Will Scharf memberi amaran bahawa siasatan Kongres yang bertujuan menakut-nakutkan pegawai pemerintah boleh menjurus kepada salah laku jenayah.

Sumber : AFP/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita