Parti Democrat hadapi saingan sukar dalam pilihan raya separuh penggal Amerika Syarikat 2026
Setiap pagi Selasa, sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul di sekitar Scott Circle, salah satu bulatan jalan paling sibuk di Washington DC, untuk menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Parti Republican dan hala tuju Amerika.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Setiap pagi Selasa, sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul di sekitar Scott Circle, salah satu bulatan jalan paling sibuk di Washington DC, untuk menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Parti Republican dan hala tuju Amerika.
Jim Lardner, salah seorang penunjuk perasaan itu berkata tunjuk perasaan itu bertujuan menentang apa yang dianggap sebagai “kezaliman dan kekejaman berleluasa oleh pentadbiran ini,” sambil memberi mesej kepada Parti Democrat supaya berjuang dengan lebih gigih.
Dalam tempoh setahun lagi, rakyat Amerika akan keluar mengundi bagi pilihan raya separuh penggal — satu undian penting yang akan menentukan kawalan terhadap Kongres.
Semua kerusi di Dewan Perwakilan dan sepertiga kerusi Senat akan dipertandingkan.
Parti Republican kini menguasai kedua-dua dewan Kongres.
KEKOSONGAN DALAM KEPIMPINAN DEMOKRAT
Sejarah menunjukkan bahawa parti pemerintah lazimnya kehilangan sokongan dalam pilihan raya separuh penggal — namun ramai ahli Democrat bimbang kali ini pertarungan menentang Parti Republican akan menjadi lebih sukar.
Sejak kemenangan Presiden Republican Donald Trump pada November lalu, Parti Democrat bergelut untuk mencari rentaknya, dibebani kekosongan kepimpinan dan ketiadaan mesej yang dapat menyatukan para pengundi, menurut pemerhati.
“Parti Democrat kini berdepan hakikat bahawa mereka tidak mempunyai mesej lain selain ‘Kami bukan Donald Trump’,” kata Profesor Todd Belt, pengarah program pengurusan politik di Universiti George Washington.
“Mereka perlu mendengar. Mereka perlu memperhalusi mesej mereka, dan berjanji untuk menawarkan masa depan yang lebih baik bagi rakyat Amerika di bawah kepimpinan mereka berbanding presiden sekarang. Namun mereka masih belum berjaya mencipta mesej itu.”
Sama ada Parti Democrat mampu mengembalikan semula pengaruhnya menjelang pilihan raya separuh penggal masih belum pasti, meskipun sudah ada usaha yang dijalankan.
Pada April lalu, senator Democrat dari New Jersey, Cory Booker, mendapat pujian selepas menyampaikan ucapan maraton selama 25 jam di Dewan Senat, mengecam dasar penjimatan radikal Encik Trump dan tindakan “tidak berperlembagaan” oleh pentadbirannya.
“Bagi semua rakyat Amerika, ini adalah detik moral,” katanya ketika menamatkan ucapannya. “Ini bukan soal kiri atau kanan, tetapi soal benar atau salah.”
Tiga bulan kemudian, ketua Democrat di Dewan Perwakilan, Hakeem Jeffries, memecahkan rekod institusinya sendiri setelah berucap selama hampir sembilan jam bagi membantah rang undang-undang pemotongan cukai dan perbelanjaan Encik Trump.
Walaupun ucapan-ucapan itu menerima pujian, ia tidak banyak mengubah sentimen awam.
Dalam pada itu, sebahagian ahli Democrat lain memilih untuk berjuang di media sosial bagi menggerakkan sokongan.
MEMBINA SEMULA SOKONGAN MENJELANG PILIHAN RAYA SEPARUH PENGGAL
“Mereka perlu menarik pengundi bebas dan memberi mereka sesuatu untuk disokong, bukan sekadar sesuatu untuk ditentang,” kata Profesor Belt dari Universiti George Washington.
“Mereka juga perlu menghalang pengundi Donald Trump daripada keluar mengundi.”
Pada 1 Oktober, operasi pemerintah Amerika Syarikat ditutup buat kali pertama dalam tempoh hampir tujuh tahun, susulan kebuntuan antara Parti Republican dan Democrat di Kongres berhubung rang undang-undang perbelanjaan baharu bagi membiayai perkhidmatan pemerintah.
Dengan rundingan yang gagal mencapai kata sepakat, kebuntuan belanjawan - termasuk pertikaian mengenai sokongan penjagaan kesihatan - menyebabkan banyak, tetapi bukan semua, perkhidmatan persekutuan tergantung.
Penutupan operasi pemerintah itu kekal sebagai saingan paling hebat oleh Parti Democrat setakat ini.
Ia merupakan usaha parti Democrat untuk memanfaatkan pengaruh terhadnya bagi menghentikan operasi pemerintah dan mempertahankan subsidi penjagaan kesihatan yang membantu jutaan rakyat Amerika mengekalkan premium insurans yang mampu dimiliki.
Namun para penganalisis berkata, belum pasti sama ada pendekatan itu akan memberi kesan yang besar terhadap keputusan pilihan raya pada November tahun depan.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.