Skip to main content

Dunia

Parti Buruh meterai perjanjian dengan Parti Hijau bentuk kerajaan gabungan New Zealand

 Parti Buruh yang diterajui Perdana Menteri Jacinda Ardern memeterai perjanjian dengan Parti Hijau untuk membentuk kerajaan gabungan New Zealand.

Anggaran Waktu Membaca:
Parti Buruh meterai perjanjian dengan Parti Hijau bentuk kerajaan gabungan New Zealand

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern ketika menyampaikan ucapakan kemenangan kepada para anggota Parti Buruh pada 17 Oct 2020. (Gambar: Mark Baker/AP Photo)

Diterbitkan : 01 Nov 2020 07:54PM Dikemas Kini : 01 Nov 2020 07:59PM

WELLINGTON: Parti Buruh yang diterajui Perdana Menteri Jacinda Ardern memeterai perjanjian dengan Parti Hijau untuk membentuk kerajaan gabungan New Zealand.

Meskipun Cik Ardern tidak memerlukan sokongan parti lain untuk membentuk kerajaan, gabungan itu katanya memberi jaminan mandat untuk memerintah.

Parti Hijau bersetuju untuk menyokong kerajaan dalam keputusan berkenaan jawatan-jawatan yang disandang.

Namun dalam isu-isu lain, Parti Hijau boleh mengambil pendirian berbeza dengan Parti Buruh.

Bulan lalu, Parti Buruh Cik Ardern meraih kemenangan terbesar dalam masa 50 tahun. 

Sumber : Agensi berita/ZK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita