Parti Buruh dijangka menang sedang rakyat Britain keluar mengundi
Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Pengundian dalam Pilihan Raya Umum Britain sedang berlangsung pada Khamis (4 Jul) sehingga pukul 10.00 malam nanti waktu tempatan.
Pilihan raya itu diadakan lebih awal daripada jadualnya.
Lebih 4,500 calon bertanding untuk mengisi 650 kerusi parlimen.
Tinjauan-tinjauan pendapat menunjukkan parti Buruh akan dapat menamatkan penguasaan Parti Konservatif selama 14 tahun memerintah Britain.
Malahan sesetengah tinjauan mengatakan Perdana Menteri, Rishi Sunak mungkin kalah.
Jika hal itu terjadi, Encik Sunak adalah Perdana Menteri Britain yang pertama, gagal mempertahankan kerusi parlimennya.
Pemimpin Buruh, Keir Starmer pula menggesa para penyokong partinya agar tidak terbuai dengan hasil tinjauan pendapat itu.
Mereka digesa supaya tetap ke pusat-pusat mengundi untuk membuat pilihan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.