Parti Bangsa M'sia lantik Zuraida Kamaruddin sebagai Presiden baru
Anggaran Waktu Membaca:

Zuraida Kamaruddin (Gambar fail: Bernama)
KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin kini menerajui Parti Bangsa Malaysia (PBM) setelah dilantik sebagai presiden baru parti itu semalam menggantikan Larry Sng Wei Shein.
Pelantikan Ahli Parlimen Ampang itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi PBM yang berlangsung pada Jumaat (7 Okt) setelah mesyuarat berkenaan mengesahkan tujuh usul yang diluluskan semasa Persidangan Agung Tahunan (PAT) 2022 di Shah Alam pada 1 Oktober lepas, termasuk meletakkan Zuraida sebagai Presiden PBM.
"Majlis Tertinggi yang bersidang semalam telah meneliti dan menjalankan proses yang wajar serta bersesuaian dengan garis panduan Perlembagaan Parti telah mengangkat Zuraida sebagai Presiden parti,” kata Setiausaha Agung PBM Nor Hizwan Ahmad dalam kenyataan pada Sabtu (8 Okt).
"Majlis Tertinggi dan seluruh ahli parti mengucapkan tahniah atas pelantikan ini dan mendoakan Hajah Zuraida Kamaruddin terus diberi kekuatan bagi menerajui parti untuk terus cemerlang dalam memberi khidmat terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya dan beliau turut berterima kasih kepada Sng yang juga Ahli Parlimen Julai kerana telah memimpin parti sebelum ini.
Pada 26 Mei lepas, Cik Zuraida mengumumkan keluar daripada Bersatu dan menyertai PBM.
Beliau dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 oleh Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad.
Cik Zuraida dilantik semula ke jawatan sama semasa pentadbiran Muhyiddin Yassin sebelum bertukar ke portfolio Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di bawah Ismail Sabri Yaakob.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.