Parti bakal calonkan perdana menteri baharu tidak lama lagi: Pemangku PM Thai
Gabungan pemerintah Thailand kekal utuh dan parti Pheu Thai yakin ia akan membentuk kerajaan serta terus menjadi teras dalam gabungan tersebut, kata pemangku perdana menteri negara itu pada Jumaat (29 Ogos).
Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, di Bangkok pada 28 Julai 2025. (Gambar fail: Pejabat Perdana Menteri Thailand melalui AP)
Perkembangan itu menyusuli keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Jumaat yang menyingkirkan Cik Paetongtarn Shinawatra sebagai perdana menteri atas pelanggaran etika.
Dalam satu sidang media bersama beberapa rakan utama dalam gabungan pemerintah, Pemangku Perdana Menteri Phumtham Wechayachai, yang juga anggota parti Pheu Thai, berkata seorang calon perdana menteri akan dicalonkan dengan secepat mungkin.
Beliau tidak menamakan calon tersebut namun seorang pegawai parti sebelum ini berkata bahawa Pheu Thai akan mencalonkan Chaikasem Nitisiri, 77 tahun, seorang mantan peguam negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.