Parlimen Thailand bersidang 22 Ogos untuk undi PM baharu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Move Forward Party)
BANGKOK: Speaker Dewan Parlimen Thailand Wan Muhamad Noor Matha berkata satu pusingan baharu pengundian akan diadakan pada 22 Ogos untuk memilih Perdana Menteri negara itu.
Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Rabu (16 Ogos) menolak petisyen yang mencabar keputusan Parlimen untuk menyekat pencalonan semula Ketua Parti Move Forward (MFP), Pita Limjaroenrat, untuk undian kedua bagi jawatan Perdana Menteri.
Menurut mahkamah, keputusan tersebut adalah sebulat suara.
Bulan lalu, sekutu MFP memfailkan petisyen dengan Pejabat Ombudsman terhadap resolusi Parlimen pada 19 Julai yang menghalang Encik Pita daripada dicalonkan sebagai calon Perdana Menteri buat kali kedua selepas percubaan pertamanya gagal.
Walaupun pilihan raya sudah tiga bulan berlalu, Thailand masih belum mempunyai seorang perdana menteri dan kerajaan baharu.
Calon utama buat masa ini adalah hartawan, Srettha Thavisin, dari parti Pheu Thai.
Pheu Thai menduduki tempat kedua pada pilihan raya umum 14 Mei dan keluar daripada pakatan bersama MFP awal bulan ini. Ia kini mengetuai gabungan dengan lapan parti lain, termasuk Parti Bhumjaithai, dalam usaha untuk memecahkan kebuntuan politik untuk membentuk kerajaan baharu.

Sumber : Agensi berita/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.