Parlimen Myanmar setuju tubuh jawatankuasa tinjau pinda perlembagaan negara
Parlimen Myanmar bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi meninjau langkah untuk meminda perlembagaan negara itu.
MYANMAR: Parlimen Myanmar bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi meninjau langkah untuk meminda perlembagaan negara itu.
Keputusan tersebut dicapai dalam pengundian hari ini (6 Feb) walaupun ada bantahan dari para Anggota Parlimen yang menyokong pihak tentera.
Perlembagaan Negara Myanmar tahun 2008 dilakar oleh pihak tentera.
Pada minggu lalu parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) yang kini memerintah Myanmar sudah mengemukakan "usul tergempar" kepada parlimen bagi meminda beberapa bahagian dalam perlembagaan itu yang dianggapnya tidak demokratik.
Langkah NLD pimpinan Cik Aung San Suu Kyi itu merupakan tindakannya yang terbesar dalam masa hampir tiga tahun mencabar kuasa tentera dalam pemerintahan.
Dalam pengundian di kedua-dua dewan parlimen hari ini, 414 daripada 611 anggota menyokong cadangan membentuk jawatankuasa meminda perlembagaan negara.
Antara lain, perlembagaan sekarang menjamin pihak tentera mempunyai 25 peratus kerusi parlimen serta meneraju kementerian-kementerian utama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.