Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parlimen M'sia tergantung; pimpinan BN dipercayai sudah capai kata sepakat

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen M'sia tergantung; pimpinan BN dipercayai sudah capai kata sepakat

(Gambar hiasan: Bernama)

Diterbitkan : 22 Nov 2022 07:25AM Dikemas Kini : 22 Nov 2022 08:25AM
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) dipercayai sudah mempunyai kata sepakat dalam membuat keputusan berhubung kerjasama gabungan parti itu untuk membentuk kerajaan dengan gabungan parti lain.
Perkara itu sekali gus hampir menjawab teka-teki sama ada BN akan memilih Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) untuk melengkapkan majoriti bagi membentuk kerajaan.
Sinar Harian difahamkan, perkembangan itu berdasarkan intipati Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung selama kira-kira 2 jam pada petang Isnin (21 Nov) membabitkan pimpinan tertinggi komponen-komponen parti.

"Mesyuarat okey. Semua bersatu hati. Dah ada (keputusan)."

"Nanti (BN) akan keluar kenyataan media. Cuma tak pasti apa isi kandungan kenyataan itu nanti," kata sumber itu kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, difahamkan satu lagi Mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan berlangsung pada Selasa (22 Nov) di Menara Dato' Onn sebagai proses peringkat akhir untuk gabungan itu membuat keputusan.

Ia selari dengan kenyataan Presiden MIC, S A Vigneswaran yang ditemui media sebaik selesai Mesyuarat Dewan Tertinggi pada Isnin bahawa pendirian parti tersebut dalam soal kerjasama dengan PH adalah tertakluk kepada mesyuarat yang akan datang.

Mesyuarat dipercayai akan berlangsung sebelah pagi mengambil kira kesemua parti politik mempunyai tempoh masa sehingga 2.00 petang sahaja untuk memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan kerajaan campuran yang bakal dibentuk.
Sementara itu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dikatakan sepatutnya berlangsung pada malam Isnin juga tidak berlaku.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada mana-mana parti berjaya memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada keseluruhan jumlah kerusi yang dipertandingkan membuatkan tiada mana-mana pihak yang boleh membentuk kerajaan.

Susulan itu Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun diminta untuk memohon kepada ketua parti politik dan ketua gabungan parti politik yang mempunyai jumlah kerusi yang banyak untuk memaklumkan kepada pihak istana mengenai gabungan yang telah dipersetujui untuk membentuk kerajaan baru.

Tempoh diberikan sepatutnya sudah berakhir pada 2.00 petang Isnin, namun Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melanjutkan tempoh masa kepada parti politik untuk membentuk kerajaan sehingga jam 2.00 petang Selasa.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan