Skip to main content

Dunia

Parlimen M'sia mesti dibubar dalam masa terdekat, kata Ahmad Maslan

Anggaran Waktu Membaca:
 Parlimen M'sia mesti dibubar dalam masa terdekat, kata Ahmad Maslan

Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan. (Gambar: Bernama)

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) UMNO mahu Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini. 

Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan berkata ketetapan itu adalah antara dicapai pada Mesyuarat MT UMNO malam ini (30 Sep), yang diadakan selepas perjumpaan lima pemimpin tertinggi UMNO atau dikenali 'Top 5' petang tadi.

"Berdasarkan keputusan (MT) ini, Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn.

Mesyuarat itu dipengerusikan Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri Timbalan Presiden Mohamad Hasan.

Turut hadir, tiga lagi pemimpin ‘Top 5’ yang merupakan Naib Presiden UMNO iaitu Ismail Sabri, Mahdzir Khalid dan Mohamed Khaled Nordin. 
Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita