Skip to main content

Dunia

Parlimen M'sia lulus Belanjawan 2023 di peringkat dasar

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen M'sia lulus Belanjawan 2023 di peringkat dasar

Perdana Menteri M'sia Anwar Ibrahim, yang juga merupakan Menteri Kewangan, dilihat di parlimen pada 9 Mac 2023. (Tangkapan skrin: YouTube/Parlimen Malaysia)

Diterbitkan : 09 Mar 2023 09:25PM
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Khamis (9 Mac) meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) pada peringkat dasar.

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul dengan undian suara majoriti selepas bacaan kali kedua.

Sebelum itu, Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan penggulungan kementerian selama kira-kira 40 minit, dipetik daripada agensi berita Astro Awani.

Seramai 167 Ahli Parlimen selesai membahaskan Belanjawan 2023 yang berlangsung selama enam hari bermula 27 Februari, sebelum diteruskan dengan sesi penggulungan oleh setiap kementerian selama dua hari bermula 8 Mac.

Menurut laporan Astro Awani, Rang Undang-Undang itu, yang dibentangkan pada 24 Februari lalu, merupakan belanjawan pertama di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Encik Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun.

Belanjawan 2023 memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion (S$166 bilion) dengan RM289.1 bilion (S$86.4 bilion) untuk belanja mengurus, RM99 bilion (S$29 bilion) bagi belanja pembangunan, manakala RM2 bilion (S$600 juta) untuk simpanan luar jangka.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita