Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Parlimen Iraq luluskan 15 daripada 22 calon kabinet baru

Parlimen Iraq pada Khamis (7 Mei) meluluskan senarai barisan kabinet Perdana Menteri Mustafa al-Kadhimi selepas beberapa perubahan dibuat pada saat-saat akhir, lapor agensi berita Anadolu.

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen Iraq luluskan 15 daripada 22 calon kabinet baru

Perdana Menteri Iraq Mustafa Kadhemi mengangkat sumpah di hadapan parlimen semasa sesi semalaman di Baghdad pada 7 Mei 2020. (Gambar: AFP menerusi pejabat media Parlimen Iraq)

Diterbitkan : 07 May 2020 08:00PM Dikemas Kini : 07 May 2020 08:13PM

BAGHDAD: Parlimen Iraq pada Khamis (7 Mei) meluluskan senarai barisan kabinet Perdana Menteri Mustafa al-Kadhimi selepas beberapa perubahan dibuat pada saat-saat akhir, lapor agensi berita Anadolu.

Seramai 15 daripada 22 calon kabinet menerima sokongan parlimen.

Lima lagi ditolak sementara pengundian untuk dua lagi menteri ditangguhkan kerana tiada calon yang sesuai, mengakibatkan tujuh kementerian masih kosong. Ia termasuk menteri yang bertanggungjawab menerajui kementerian luar negeri dan minyak.

Calon menteri untuk mengetuai kementerian kehakiman, kementerian migrasi, kementerian pertanian, kementerian perdagangan serta kementerian kebudayaan dan pelancongan pula ditolak parlimen.

Encik al-Kadhimi dan 15 menteri yang diluluskan kemudian mengangkat sumpah jawatan di parlimen.

Presiden Barham Salih melantik Encik al-Kadhimi, bekas pengarah Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan, sebagai calon perdana menteri pada 9 April.

Menurut perlembagaan Iraq, Encik al-Kadhimi perlu membentuk pemerintah dalam tempoh sebulan.

Sumber : Bernama/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa