Parlimen Iran lulus langkah tutup Selat Hormuz
Parlimen Iran meluluskan langkah untuk menutup Selat Hormuz kepada laluan trafik tentera laut menyusuli serangan Amerika Syarikat ke atas tiga kemudahan nuklear, kata seorang penggubal undang-undang kanan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.
Selat Hormuz dianggap pintu masuk terpenting dunia bagi pengangkutan minyak. (Gambar: Google Maps)
- Parlimen Iran meluluskan langkah untuk menutup Selat Hormuz kepada laluan trafik tentera laut menyusuli serangan Amerika Syarikat ke atas tiga kemudahan nuklear, kata seorang penggubal undang-undang kanan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.
- “Parlimen telah mencapai kesimpulan bahawa Selat Hormuz perlu ditutup,” kata Mejar Jeneral Esmaeil Kowsari, anggota Suruhanjaya Keselamatan Negara Parlimen, dalam kenyataan yang disiarkan oleh Press TV milik pemerintah.
- Selat Hormuz dianggap pintu masuk terpenting dunia untuk pengangkutan minyak.
- Presiden Amerika Donald Trump pada awal Ahad (22 Jun) berkata tenteranya mengebom tiga tapak nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan.
“Parlimen telah mencapai kesimpulan bahawa Selat Hormuz perlu ditutup,” kata Mejar Jeneral Esmaeil Kowsari, anggota Suruhanjaya Keselamatan Negara Parlimen, dalam kenyataan yang disiarkan oleh Press TV milik pemerintah.
Selat Hormuz dianggap pintu masuk terpenting dunia untuk pengangkutan minyak.
“Keputusan muktamad mengenai perkara ini terletak pada Majlis Keselamatan Tertinggi Negara,” kata Encik Esmaeil Kowsari.
Majlis Keselamatan Tertinggi Negara merupakan pihak berkuasa keselamatan tertinggi di Iran.
Presiden Amerika Donald Trump pada awal Ahad (22 Jun) berkata tenteranya mengebom tiga tapak nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.